Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Tahun 2018 – PRGS

– SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS)
Tarikh Pembukaan: 15 JANUARI 2018 – 28 FEBRUARI 2018 (1 bulan ½)
Tarikh Akhir Penghantaran Proposal: 5 FEBRUARI 2018TEMPOH PENYELIDIKAN: TIDAK MELEBIH 2 TAHUN
Syiling Permohonan: RM500,000.00

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan geran penyelidikan PRGS bagi tahun 2018 kepada para penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mulai 15 Januari 2018.

Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan bagi permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2018 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

(i) Penyelidik:
a. Permohonan dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat;
b. Ketua Projek/ Ketua Program mestilah telah mengisi dan melengkapkan laporan prestasi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam modul pemantauan Sistem MyGRANTS (kecuali RAGS 2012-2013, RACE, LRGS, NRGS);
c. Penyelidik dibenarkan untuk memohon skim geran yang berbeza. Walau bagaimanapun, penyelidik hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan sahaja sebagai Ketua Projek/ Ketua Program bagi setiap skim geran yang ingin dipohon bagi tahun 2018; dan
d.Telah mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) di profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. KPT berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tidak dikemas kini atau tidak lengkap.

(ii) Permohonan Baharu
a. Kertas cadangan projek penyelidikan perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan dan Tadbir Urus yang berkuat kuasa;
b. Ringkasan Maklumat Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan KPT Tahun 2018 – UA IPTS adalah seperti di Lampiran A;
c. Bidang keutamaan penyelidikan KPT adalah seperti di Lampiran B;
d. Jadual Kerja Permohonan geran PRGS Fasa1/ 2018 seperti di Lampiran C; dan
e.Panduan Perbelanjaan V-Siri Geran PRGS seperti di Lampiran D.

Pemohon perlu membuat permohonan PRGS secara atas talian menggunakan sistem MyGRANTS melalui pautan https://mygrants.gov.my mulai 15 Januari 2018. Garis Panduan PRGS (Pindaan 2018) boleh dirujuk melalui portal MyGRANTS.

Pihak Fakulti/ Institut/ Pusat adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan dihantar mengikut tempoh masa yang ditetapkan serta telah memenuhi semua syarat dan penilaian yang ditetapkan. PIK berhak menolak mana-mana permohonan sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai PIK, Encik Firdaus Banhawi di talian 03-8921 4821atau email firban@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

Download Best WordPress Themes Free Download
Download WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
free download udemy course
download intex firmware
Premium WordPress Themes Download
free online course