Pembukaan Permohonan Dana Kolaborasi Antarabangsa (International Collaboration Fund), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada tahun ini telah membuka permohonan Dana Kolaborasi Antarabangsa (International Collaboration Fund) kepada semua penyelidik. Permohonan ini dibuka sepanjang tahun. 

Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan ​secara dalam talian menggunakan sistem eDana melalui pautan https://edana.mosti.gov.my/. Garis Panduan Dana Kolaborasi Antarabangsa (International Collaboration Fund) juga boleh dirujuk melalui portal yang diberikan. 

Sukacita perkara-perkara berikut diambil perhatian semasa mengemukakan permohonan:
a) Meneliti garis panduan permohonan International Collaboration Fund;
b) Memastikan semua dokumen yang diperlukan dipatuhi dan dimuat naik dalam sistem eDana (Rujuk muka surat 20 pada garis panduan); dan
c) Satu (1) salinan hardcopy permohonan yang bertandatangan perlu dikemukakan kepada CRIM melalui fakulti/institut/pusat masing-masing.

​Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada Puan Siti Noraida Binti Sood di talian 03-8921 5631 atau email ctaida@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-