Pembukaan Permohonan Dana Cabaran Perdana (DCP) Tahun 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Cabaran Perdana Tahun 2017 telah dibuka bermula pada 20 Oktober 2017 sehingga 20 November 2017.

Permohonan DCP 2017 perlu memenuhi kriteria berikut:

i. Setiap program terdiri dari sekurang-kurangnya tiga projek dari disiplin ilmu yang berbeza yang diketuai oleh seorang ketua program

ii. Program penyelidikan adalah berbentuk tranlasi-multidisiplin sesuai dengan Cabaran Perdana UKM

iii. Projek penyelidikan memenuhi Tema Cabaran Perdana (Rujuk Lampiran) yang telah ditentukan oleh pihak Universiti

iv. Penyelidikan yang memberi impak kepada negara, industri dan komuniti

v. Penyelidikan yang mempunyai kolaborasi dengan agensi kerajaan, industri, NGO atau wakil komuniti (Permohonan diwajibkan mengemukakan surat persetujuan kerjasama menjalankan penyelidikan daripada agensi kerajaan, industri, NGO atau wakil komuniti)

vi. Pemohon (Ketua Program) adalah berjawatan Profesor atau Profesor Madya sahaja

vii. Jumlah peruntukan yang dimohon bagi setiap program tidak melebihi siling peruntukan RM500,000.00

Catatan : Permohonan yang tidak memenuhi kriteria di atas akan DITOLAK.

Bagi penyelidik yang berminat untuk memohon geran ini boleh memuat turun borang Dana Cabaran Perdana melalui laman sesawang http://research.ukm.my. Permohonan perlulah dicetak sebanyak 2 salinan dan dihantar ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) oleh Sekretariat Penyelidikan PTJ selewat-lewatnya pada 20 November 2017 (Isnin), jam 4.00 petang.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, sila hubungi pegawai CRIM, Puan Nor Eloni Nor Azmi di talian 03-8921 4820.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-