Pemakluman : Penambahbaikan Sistem e-Mohon Persidangan (eMP)

Kepada: Semua Penyelidik UKM

Dimaklumkan bahawa semua aktiviti penyelidikan seperti yang dinyatakan di bawah yang menggunakan peruntukan projek penyelidikan hendaklah membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan CRIM terlebih dahulu melalui sistem eMP.

i. Bengkel Kumpulan Penyelidikan
ii. Wacana/Simposium/Forum/Persidangan Meja Bulat
iii. Persidangan
v. Pameran Penyelidikan
vi. Kolaborasi Penyelidikan
vii. Kerja Lapangan
viii. Sangkutan Penyelidikan

Berkaitan dengan itu, bermula pada 21 April 2016 semua permohonan e-Tiket dan SPKLN yang menggunakan peruntukan projek penyelidikan hanya boleh dijana selepas status permohonan eMP ‘diluluskan‘.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai CRIM Puan Roslina Rosli (Ketua Pegawai Penyelidik Sosial) di talian 03- 89215027/89118515 atau melalui email r.rosli@ukm.edu.my