[vc_row][vc_column][vc_column_text]Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK) sedang menawarkan permohonan Geran Penyelidikan Ilmiah AADK bagi tahun 2019. Penyelidik yang berminat boleh mengisi borang permohonan mengikut format yang ditetapkan oleh AADK. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui https://www.adk.gov.my/orang-awam/geran-penyelidikan-aadk/

Semua permohonan daripada penyelidik perlu dinilai oleh panel penilai/Jawatankuasa Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat dan dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada 29 Januari 2019 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengah hari melalui Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat untuk tujuan penyelarasan di peringkat CRIM terlebih dahulu. Permohonan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan kepada AADK. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Januari 2019 (Khamis).

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat adalah seperti berikut:
a. Surat rasmi daripada Fakulti/Institut/Pusat: Sebagai bukti penghantaran permohonan.
b. Borang Permohonan: 1 salinan lembut (softcopy) – emel kepada psupp@ukm.edu.my, 1 salinan keras (hardcopy) dan Ulasan penilaian oleh Panel Penilai/JK Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat (tertakluk kepada format Fakulti/Institut/Pusat). Ulasan penilaian ini wajib dikemukakan kepada AADK.
c. Senarai Permohonan (Masterlist): 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel mengikut templet yang diberikan – emel kepada psupp@ukm.edu.my dan 1 salinan keras (hardcopy).

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau pegawai AADK, Puan Hafidah Maasom di talian 019-6001206 atau Puan Nursuhaila A. Rahman di talian 03-89112267 atau Puan Zalehan Tajuddin di talian 03-89112286.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]