Pemakluman Pembukaan Horizon 2020 Work Programme for Research & Innovation 2018-2020

Adalah dimaklumkan bahawa, Program Kerja 2018-2020 Horizon 2020, Program Pembiayaan Penyelidikan dan Inovasi EU telah dilancarkan oleh European Commission.

Horizon 2020 adalah program multinasional terbesar untuk penyelidikan & inovasi dan “terbuka kepada dunia”. Penyelidik, Universiti, organisasi penyelidikan, syarikat dan organisasi bukan kerajaan dari seluruh dunia boleh memohon untuk menyertai aktiviti Program Kerja yang dijalankan. Maklumat lanjut boleh dicapai melalui pautan http://ec.europa.eu/research/participants/portal/