Pemakluman Pembukaan Geran Penyelidikan Global Movement and Moderates (GMMF) Tahun 2018

Dimaklumkan bahawa Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) sedang menawarkan permohonan Geran Penyelidikan GMMF bagi tahun 2018. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui http://www.gmmoderates.org/alliance-of-researchers-on-moderation/. Penyelidik yang berminat untuk memohon mestilah menjadi ahli berdaftar Alliance of Researchers on Moderation (ARM) sebelum membuat permohonan geran. Pendaftaran sebagai ahli ARM boleh dibuat melalui http://www.gmmoderates.org/be-part-of-the-moderate-force/

Geran Penyelidikan ini adalah sejajar dengan objektif penubuhan Alliance of Researchers on Moderation (ARM) yang bertujuan untuk membina asas dan kejituan ilmu pengetahuan serta menjana perkembangan penyelidikan berkaitan gerakan kesederhanaan. GMMF mengalu-alukan permohonan daripada para akademik dan penyelidik yang berkepakaran dalam tujuh inisiatif GMM.

Tujuh inisiatif tersebut adalah (i) kewujudan bersama, (ii) mencegah dan menangani jenayah ekstremisme, (iii) resolusi konflik, (iv) pendidikan, (v) tadbir urus dan perundangan, (vi) pembangunan mampan serta (vii) mengurus Islamofobia.

Geran Penyelidikan ini terdiri daripada tiga (3) kategori berikut:
i. Geran Penyelidikan Ekploratori GMMF (GMMFERG) – Maksimum RM 70 000.00
ii. Geran Penyelidikan Fundamental GMMF (GMMFFRG) – Maksimum RM 50 000.00
iii. Geran Penyelidikan Jangka Pendek GMMF (GMMFST) – Maksimum RM 30 000.00

Penyelidik yang memohon diminta memberi kerjasama untuk menghantar maklumat permohonan kepada CRIM pada 5 Februari 2018 melalui Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat untuk tujuan rekod. Tarikh tutup permohonan ialah pada 2 Februari 2018 (Jumaat).

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat adalah seperti berikut:
a. Surat rasmi daripada Fakulti/Institut/Pusat: Sebagai bukti penghantaran permohonan.
b. Borang Permohonan: 1 salinan lembut (softcopy) – emel kepada psupp@ukm.edu.my, 1 salinan keras (hardcopy) dan Ulasan penilaian oleh Panel Penilai/JK Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat (tertakluk kepada format Fakulti/Institut/Pusat) – jika berkaitan.
c. Senarai Permohonan (Masterlist): 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel mengikut templet yang diberikan – emel kepada psupp@ukm.edu.my dan 1 salinan keras (hardcopy)

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Sekretariat GMMM melalui emel research@gmmoderates.org.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-