Pelawaan Untuk Menyertai Joint NAM S&T Centre – ZMT Bremen (Germany) Fellowship in Tropical Coastal Marine Research 2018

Malaysia menerusi MOSTI telah menerima pelawaan daripada The Centre for Science and Technology of the Non-Aligned and Other Developing Countries (NAM S&T Centre) untuk menyertai Joint NAM S&T Centre – ZMT Bremen (Germany) Fellowship in Tropical Coastal Marine Research 2018 anjuran bersama NAM S&T Centre dan Leibniz Centre for Tropical Marine Research (ZMT), Bremen, Jerman.

Program Fellowship ini akan berlangsung selama 3 bulan dan bidang penyelidikan yang menjadi keutamaan adalah seperti berikut:
i) Ecology;
ii) Biogeochemistry;
iii) Geology;
iv) Theoretical Ecology and Modelling;
v) Social Sciences; and
vi) Tropical Coastal Marine Systems.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 Jun 2018 (Jumaat). Pegawai yang berminat hendaklah menghantar borang permohonan serta dokumen sokongan yang berkaitan kepada hafiza@mosti.gov.my dan nazratul@mosti.gov.my bagi tujuan pengesahan oleh MOSTI selaku Focal Point NAM S&T Centre di Malaysia.

Bagi calon yang berjaya dipilih oleh NAM S&T Centre, perbelanjaan penerbangan pergi-balik adalah ditanggung oleh NAM S&T Centre manakala pihak ZMT akan memberikan elaun sebanyak EURO1250 sebulan bagi menanggung kos penginapan dan lain-lain.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai MOSTI, Puan Nazratul Ain Mohamad Ali di talian 03-8885 8236.