Pelawaan Permohonan ‘Research Grant on Productivity Development and Implementation for Universities’

Malaysia Productivity Corporation (MPC) sedang menawarkan permohonan ‘Research Grant on Productivity Development and Implementation for Universities. Penyelidik yang berminat boleh mengisi borang permohonan mengikut format yang ditetapkan oleh MPC.

Tarikh tutup permohonan oleh MPC ialah pada 30 Jun 2018. Semua permohonan daripada penyelidik perlu dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada 27 Jun 2018 (Rabu) sebelum jam 12.00 tengah hari melalui Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat untuk tujuan pengesahan dan penyelarasan di peringkat CRIM terlebih dahulu.

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat adalah seperti berikut:
a. Surat rasmi daripada Fakulti/Institut/Pusat: Sebagai bukti penghantaran permohonan.
b. Borang Permohonan: 1 salinan lembut (softcopy) – emel kepadapsupp@ukm.edu.my, 2 salinan keras (hardcopy) dan ulasan penilaian oleh Panel Penilai/JK Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat (tertakluk kepada format Fakulti/Institut/Pusat).
c. Senarai Permohonan (Masterlist): 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel mengikut templet yang diberikan – emel kepada psupp@ukm.edu.my dan 1 salinan keras (hardcopy).

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Sekretariat MPC, Puan Siti Rohana Binti Rubaidi ditalian 03 79600173 ext 257 Mobile : 0192313877 atau Dr. Aisyah ditalian 019-648 8348.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-