Pelawaan Geran Penyelidikan ‘MREPC Industry Linkage Fund’

Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) sedang menawarkan permohonan geran penyelidikan MREPC Industry Linkage Fund.

Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang dilampirkan bersama dan mengemukakan dua (2) salinan permohonan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) untuk tindakan selanjutnya. Permohonan dibuka sepanjang masa dan keutamaan adalah kepada pemohon yang menghantar borang lebih awal.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Puan Syafura Binti Abdul Halim ditalian: 03-89214679 atau melalui emel: psupp@ukm.edu.my

Bersama-sama ini disampaikan Borang Permohonan, Garis Panduan Permohonan, Brosur MREPC dan Slide Pembentangan MREPC (10 Ogos 2017).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-