Pekeliling CRIM Bil. 2/2019: Pendaftaran Keterlibatan Sebagai Penyelidik Bersama Bagi Projek Penyelidikan Dana Luar Melalui SMPU

Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) telah menyediakan kemudahan kepada staf akademik UKM untuk merekodkan maklumat keterlibatan sebagai penyelidik bersama bagi projek yang diketuai oleh stat insitusi/agensi luar UKM yang tidak melibatkan penyaluran peruntukan projek ke UKM.

Untuk tujuan ini, Penyelidik boleh melengkapkan ‘Borang Pendaftaran Projek Penyelidikan Dana Luar – Keterlibatan Sebagai Penyelidik Bersama’ . Borang ini juga boleh dicapai melalui laman sesawang CRIM, http://research.ukm.my/dana-luar-kebangsaan­dan-antarabangsa/.

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke CRIM untuk proses pendaftaran. Maklumat projek yang didattarkan ini akan dipaparkan di sistem-sistem berikut :
i) Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) >> senarai projek >>
Peranan sebagai penyelidik bersama; dan
ii) Sistem Maklumat Kakitangan (SMK) >> resume >> penyelidikan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Puan Siti Noraida Binti Sood di talian 03-89215631.