Panggilan Proposal untuk Geran Penyelidikan, Skim Fellowship dan Berth Support Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan beberapa Universiti lain di bawah Smart Partnership Initiative.

Sehubungan dengan itu, permohonan Geran Penyelidikan, Skim Fellowship dan Sokongan Berth ke Antartika di bawah inisiatif ini telah dibuka. Sila rujuk kepada poster yang dilampirkan dan laman web YPASM (www.ypasm.my) untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif dan cara memohon.

Untuk makluman Skim Fellowship adalah terbuka kepada pelajar siswazah PhD atau pensyarah yang baru habis pengajian PhD tidak lebih 5 tahun dari tarikh memohon.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai CRIM, Cik Nurul Ashikin Zainurdin di talian 03-89214064.