PERINGATAN MESRA :Pembukaan Permohonan Program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.1/2016, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melancarkan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sebagai langkah menyahut hasrat kerajaan untuk meningkatkan jaringan kolaborasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program MyLAB menyasarkan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu dan sumber secara sistematik.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan akan membuka permohonan Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.1/2016 kepada semua Universiti Awam mulai 1 April 2016 sehingga 30 Jun 2016. Universiti Swasta dan Institut Penyelidikan boleh dijemput sebagai ahli kolaborasi projek oleh Ketua Projek.

Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Permohonan Program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.2/2015, Jadual Kerja Permohonan dan Borang Permohonan MyLAB Bil.1/2016 (Lampiran A) yang juga boleh dimuat turun daripada laman web Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) http://mygrants.gov.my/. Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan enam (6) salinan kertas cadangan yang lengkap (full proposal) dengan menggunakan format seperti di Lampiran B. Softcopy Kertas cadangan yang lengkap tersebut juga perlu disimpan di dalam (compact disc / pen drive) dan dihantar kepada CRIM selewat-lewatnya pada 15 Jun 2016.

Sebarang pertanyaan, mohon hubungi Pn. Dahliya Abdul Kadir di talian 03-89118509 atau emel dahliya@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-