Keputusan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2016: UKM

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2016 sebanyak RM7,432,950.00 kepada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keputusan permohonan adalah seperti berikut;
a) 90 projek penyelidikan yang diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM7,432,950.00 seperti di Lampiran.

b) 167 projek penyelidikan yang tidak diperakui. Surat pemakluman rasmi dan Akuan Menjalankan Penyelidikan yang mengandungi perincian maklumat projek penyelidikan akan dihantar dalam sedikit masa lagi kepada penyelidik yang terlibat.

Untuk makluman YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan, kelulusan peruntukan projek penyelidikan seperti yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada syarat berikut:
a) Projek penyelidikan yang diluluskan dan menerima peruntukan di bawah FRGS Fasa 1/2016 tidak dibenarkan menerima sebarang peruntukan daripada Kementerian/agensi lain bagi projek penyelidikan yang sama;

b) Ketua Projek perlu mematuhi Garis Panduan FRGS sepanjang tempoh penyelidikan mengikut tahun yang telah ditetapkan.

Sebarang pindaan di dalam Garis Panduan FRGS adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sekian, harap maklum.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

Download Best WordPress Themes Free Download
Download Nulled WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Nulled WordPress Themes
udemy course download free
download micromax firmware
Download Nulled WordPress Themes
free online course