Hebahan : Permohonan Dana Kolaborasi Antarabangsa (International Collaboration Fund), MESTEEC

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sedang menawarkan permohonan Dana Kolaborasi Antarabangsa/International Collaboration Fund (ICF). Dana ini adalah geran yang disediakan kepada penyelidik, saintis dan jurutera tempatan yang menjalankan projek R&D dengan kerjasama penyelidik luar negara. Dana ini diwujudkan sebagai platform untuk mengembangkan dan meningkatkan kapasiti penyelidikan serta kerjasama antarabangsa dalam projek R&D yang kompetitif, inovatif dan berimpak tinggi seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang membawa kepada pengkomersialan.

Permohonan Dana ini dibuka sepanjang tahun. Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara atas talian menggunakan sistem eDana melalui pautan http://edana.mestecc.gov.my. Permohonan yang telah dihantar melalui Sistem eDana perlu dihantar secara hardcopy kepada CRIM melalui Sekretariat Penyelidikan fakulti/institut/pusat masing-masing mengikut jadual penghantaran ICF (https://goo.gl/F2AzNR).
Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat kepada CRIM adalah seperti di lampiran (https://goo.gl/F2AzNR).

Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada Puan Syafura Binti Abdul Halim (03-89214679) atau Cik Norzahira Ramli (03-89214392).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

Free Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Nulled WordPress Themes
free download udemy course
download coolpad firmware
Premium WordPress Themes Download
download udemy paid course for free