Cadangan Menjalankan Kajian Sistem Penarafan Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terdapat beberapa sistem penarafan bagi universiti awam dan swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti iaitu SETARA, MyRA, PolyRate, MySpekk, MyQuest dan sistem-sistem ini dilaksanakan secara berasingan oleh institusi-institusi yang berkaitan dan menyebabkan kesetaraan dan keseragaman penarafan institusi-institusi pendidikan tinggi di Malaysia tidak tercapai.

Adalah menjadi hasrat KPT agar sistem-sistem tersebut dikaji dan dibuat penjenamaan semula dengan meletakkannya di bawah satu sistem rangkaian yang dikenali sebagai MyHE (Malaysia Higher Education).

Sehubungan dengan itu, KPT membuka peluang kepada warga universiti untuk menghantar kertas cadangan bagi pelaksanaan kajian ini. Skop kajian akan melibatkan:

a. Kajian instrumen semasa dan mengubah suai mengikut keperluan terkini negara;
b. Menghasilkan satu instrumen penarafan yang boleh menilai universiti / kolej universiti di peringkat institusi dan kelompok (mengikut niche area keusahawanan, inovatif, teknikal dan sebagainya); dan
c. Melaksanakan audit penarafan ke atas institusi-institusi yang terlibat.

Disertakan aktiviti dan tempoh yang terlibat dalam projek ini adalah seperti berikut:

Kertas cadangan perlulah menyatakan nama ketua projek dan ahli-ahlinya berserta bidang kepakaran masing-masing. Pihak KPT juga menggalakkan penglibatan ahli dari universiti lain untuk bekerjasama dalam projek berkenaan. Kertas cadangan yang lengkap hendaklah diemelkan kepada CRIM (u.p. Puan Siti Noraida binti Sood, emel: ctaida@ukm.edu.my) selewat-lewatnya pada 7 November 2016 (Isnin) sebelum jam 3.00 petang.

Download Best WordPress Themes Free Download
Download Nulled WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
download udemy paid course for free
download mobile firmware
Download WordPress Themes
ZG93bmxvYWQgbHluZGEgY291cnNlIGZyZWU=