Panggilan Artikel untuk Majalah IMPAK / IMPACT

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan menerbitkan majalah IMPAK/IMPACT dengan menambahkan jumlah keluaran untuk setiap bulan. Sehubungan dengan itu, sidang editor mengalu-alukan artikel daripada kalangan warga UKM.

Artikel mestilah merupakan hasil aktiviti penyelidikan yang ditulis dalam bentuk bacaan umum yang sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat dan tidak terlalu saintifik. Artikel perlu ditulis dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dan tidak melebihi 300 patah perkataan. Setiap artikel digalakkan memberi gambar penyelidikan original dalam bentuk JPEG yang bukan diambil dari internet. Tarikh akhir penerimaan artikel bagi penerbitan bulan semasa ialah pada penghujung bulan setiap bulan.

Artikel boleh dihantar ke emel majalahimpak@ukm.edu.my. Untuk makluman, artikel yang diterbitkan dalam Majalah Impak/Impact boleh didaftarkan di dalam Sistem e-ReP dalam kategori ‘Penulisan Popular’ sekaligus akan menambah bilangan lain-lain penerbitan yang menyumbang kepada KPI dan pencapaian MyRA.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai CRIM, Cik Nurul Ashikin Zainurdin di talian 03-89214064 atau layari laman sesawang CRIM http://research.ukm.my.