Language

Google Translator

Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Laman Rasmi CRIM-UKM

Instrumentasi

Semenjak lebih 30 tahun yang lalu, UKM telah mengalami banyak transformasi dari tujuan utamanya ditubuhkan. Dari sebuah universiti yang bertanggungjawab sebagai kemuncak dasar pendidikan negara yang khusus untuk memartabatkan Bahasa Melayu hingga tercetusnya cadangan menjadikan UKM sebagai universiti Penyelidikan. Universiti Penyelidikan merupakan suatu tugas baru UKM yang lebih menumpukan kepada aktiviti penyelidikan daripada aktiviti-aktiviti pengajaran semata-mata. Ini bermakna UKM yang dahulunya sebagai universiti penyebar ilmu menjadi universiti penjana ilmu. Bagi menyokong aktiviti tersebut, memang tepat masanya pihak universiti mempunyai Unit Instrumentasi (UI) di bawah pengurusan Pusat Pengurusan Penyelidikan agar ianya menjadi pemangkin kepada penyelidikan dan juga penjanaan ilmu.

Unit Instrumentasi telah ditubuhkan pada 1 Januari 2002. Tugas utama unit ini adalah bertanggungjawab kepada PPP dalam merancang dan mengurus perkara-perkara seperti berikut.

...

Perancangan

  • Mengadakan jawatan-jawatan baru atau mengadakan latihan-latihan khusus kepada kakitangan yang sedia ada bagi mengendali instrumentasi yang lebih terfokus seperti pegawai sains (instrumentasi), juruteknik (instrumentasi) dan sebagainya.
  • Mewujudkan dana penyelenggaraan instrumen-instrumen utama secara terpusat.
  • Merancang pembelian, penempatan instrumen baru yang difikirkan perlu bagi memantapkan penyelidikan dan pengajaran terkini di UKM.
  • Merancang pembinaan bangunan bagi menempatkan instrumen baru yang akan diperolehi.
  • Mendapat pandangan dan cadangan dari warga UKM mengenai peralatan baru dan penaiktarafan peralatan yang sedia ada di UKM.

...

Pengurusan

  • Melakukan audit instrumentasi utama yang dikenalpasti terdapat di UKM dan mempunyai kepentingan ramai khususnya dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan perhidmatan.
  • Menyeleraskan penggunaan instrumentasi utama khususnya dari segi pengguna, kos analisis, penyelaras, operator, penyelenggaraan instrumen dan hal-hal yang berkaitan.
  • Mempromosikan perhidmatan analisis yang berkualiti kepada warga UKM dan luar UKM dengan kos yang kompetatif. Ini mungkin dapat dilakukan secara mengadakan bengkel-bengkel khusus, laman web dan sebagainya.
  • Pengkomputeran sistem instrumentasi dari berbagai segi terutamanya dalam mengenai kemudahan peralataan di UKM, tempahan, analisis data, khidmat nasihat dan maklumat yang berkaitan secara talian terus.

...

Objektif

  • Merekodkan Instrumen.
  • Mengetahui Kedudukan/status Instrumen.
  • Memudahkan penggunaan instrumen guna sama antara penyelidik.
  • Mempertingkatkan operasi dan penempahan.
  • Sokongan untuk memantapkan Matlamat Universiti untuk menjadi universiti Penyelidikan.

0
Connecting
Please wait...
Send a message

Sorry, we aren't online at the moment. Leave a message.

Your name
* Email
* Describe your issue
Login now

Need more help? Save time by starting your support request online.

Your name
* Email
* Describe your issue
We're online!
Feedback

Help us help you better! Feel free to leave us any additional feedback.

How do you rate our support?
Power by

Download Free AZ | Free Wordpress Themes