INFRASTRUKTUR & INSTRUMENTASI

PDF Print E-mail
Written by Administrator    Monday, 11 August 2008 00:42

Pengenalan

Semenjak lebih 30 tahun yang lalu, UKM telah mengalami banyak transformasi dari tujuan utamanya ditubuhkan. Dari sebuah universiti yang bertanggungjawab sebagai kemuncak dasar pendidikan negara yang khusus untuk memartabatkan Bahasa Melayu hingga tercetusnya cadangan menjadikan UKM sebagai universiti Penyelidikan. Universiti Penyelidikan merupakan suatu tugas baru UKM yang lebih menumpukan kepada aktiviti penyelidikan daripada aktiviti-aktiviti pengajaran semata-mata. Ini bermakna UKM yang dahulunya sebagai universiti penyebar ilmu menjadi universiti penjana ilmu. Bagi menyokong aktiviti tersebut, memang tepat masanya pihak universiti mempunyai Unit Instrumentasi (UI) di bawah pengurusan Pusat Pengurusan Penyelidikan agar ianya menjadi pemangkin kepada penyelidikan dan juga penjanaan ilmu.

Unit Instrumentasi telah ditubuhkan pada 1 Januari 2002. Tugas utama unit ini adalah bertanggungjawab kepada PPP dalam merancang dan mengurus perkara-perkara seperti berikut.


Last Updated on Wednesday, 24 July 2013 04:19