Language

Google Translator

Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Laman Rasmi CRIM-UKM

Sejarah Penubuhan CRIM

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (PPPI) atau lebih dikenali dengan nama CRIM (Centre for Research and Instrumentation) telah ditubuhkan sejak Januari 1995 dengan nama Unit Pengurusan Penyelidikan (UPP), di bawah pentadbiran Bahagian Akademik, Pejabat Pendaftar. Unit ini diketuai oleh Timbalan Pendaftar iaitu YM Raja Salim Raja Abdul Aziz. Seterusnya pentadbiran UPP diterajui oleh Prof. Dato’ Mohd Nor Embi yang dilantik sebagai Penyelaras. Ketika itu, UPP bertanggungjawab dalam pengurusan projek-projek penyelidikan di UKM.

Pada Jun 1999, UPP telah dinaiktaraf dan dikenali dengan nama Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) di bawah pentadbiran Canselori dan diterajui oleh Prof. Dato’ Dr. Muhamad Yahaya sebagai Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah (Penyelidikan) dan Timbalan Pengarah (Inovasi). Manakala, Prof. Dr. Mohd Yusof Hj Othman telah dilantik sebagai Pengarah PPP mulai 1 Mac 2002 – 30 April 2006.

Seterusnya pada 14 Disember 2006, Mesyuarat Lembaga Pengarah UKM telah meluluskan penstrukturan semula PPP dengan nama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI). Penstrukturan semula ini seiring dengan pengiktirafan UKM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan di negara ini. Seterusnya Prof. Ir. Dr. Hassan Basri mengambil alih teraju pentadbiran mulai 1 Jun 2007-11 Mei 2008 sehingga beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa). Kemudian pentadbiran PPPI diambil alih oleh Prof. Dr. Rahmah Mohamed dari 11 Ogos 2008 – 15 Jan 2009. Setelah mengalami pelbagai peringkat penstrukturan semula, PPPI diterajui oleh Prof. Dr. Che Hassan Che Haron berkuat kuasa 23 Februari 2009 sehingga 21 Februari 2014 dan nama pusat ini kini dikenali dengan nama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) yang berkuat kuasa Januari 2010. Pada tanggal 25 Februari 2014, Prof. Dr. Muhammad Fauzi Mohd. Zain telah dilantik sebagai Pengarah CRIM yang baru.

Pada masa ini, CRIM menjadi penggerak utama perkhidmatan pengurusan penyelidikan dalam usaha ke arah memantapkan rantaian nilai serta meningkatkan keupayaan aktiviti penyelidikan asas dan gunaan. CRIM juga bertindak sebagai tulang belakang kepada penyelidikan di UKM dan sentiasa menyokong pergerakan Nic Penyelidikan di UKM yang dahulunya dikenali sebagai Bidang Tujahan penyelidikan. Nic ini terhasil daripada kekuatan bidang yang dikenal pasti, yang mampu menggembleng kekuatan kepakaran yang sedia ada dan mencakupi kepelbagaian ilmu, multidisiplin dan perwujudan bidang baru di UKM. Pembinaan Nic yang lebih lestari ini mempunyai potensi melonjakkan nama UKM sederap Universiti terkehadapan dunia menjelang tahun 2018.

Fungsi

      • Menguruskan permohonan dan pemantauan projek penyelidikan.
      • Menguruskan pelantikan modal insan penyelidikan.
      • Menguruskan permohonan menghadiri dan mengadakan persidangan.
      • Mengurus perkhidmatan makmal berpusat.

Aktiviti

  • Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan Penyelidikan
  • Pengurusan Persidangan dalam dan luar Negara
  • Pengurusan Pameran hasil penyelidikan
  • Pengurusan Latihan/Bengkel/Seminar penyelidikan
  • Pengurusan Pangkalan Data Penyelidikan
  • Penyebaran dan Hebahan Maklumat penyelidikan
  • Inovasi dan Pemindahan Teknologi
  • Pengurusan Instrumentasi Penyelidikan
  • Pengurusan Penerbitan Buku/Prosiding/Buletin Penyelidikan

Pelanggan

Secara Langsung

  • Para Penyelidik/Kakitangan Akademik UKM
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
  • Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa yang berkenaan
  • Pembantu Penyelidik


Secara Tidak Langsung

  • Masyarakat
  • Agensi-agensi lain
  • Institutsi Pengajian Tinggi
  • Institusi Penyelidikan lain
  • Badan-badan bukan kerajaan


Power by

Download Free AZ | Free Wordpress Themes