Bahagian Antarabangsa MOSTI telah mengadakan Bengkel Dana Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Antarabangsa pada 17 April 2018 di Hotel Everly Putrajaya. Tujuan bengkel ialah untuk menghebahkan peluang permohonan dana antarabangsa yang diselaraskan oleh Bahagian Antarabangsa MOSTI iaitu ASEAN Committee on Science and Technology (COST) dan APEC Policy Partnership on Science Technology and Innovation (PPSTI).

Di samping dana ASEAN dan dana APEC, bengkel ini turut menghebahkan inisiatif baharu iaitu MOSTI International Collaboration Fund yang mula dilancarkan sejak awal tahun 2018 oleh Bahagian Dana. MOSTI ICF merupakan inisiatif yang direalisasikan oleh MOSTI dengan caruman sebanyak USD1 juta untuk menjalankan projek R&D kolaborasi di peringkat antarabangsa. Dana ini menawarkan pembiayaan projek penyelidikan dalam bidang bioteknologi, kejuruteraan dan teknologi, sains komputer dan ICT, sains perubatan dan kesihatan, serta pertanian dan perhutanan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil CRIM. Sehubungan ini, bersama ini disampaikan dokumen rujukan dan slide taklimat untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

Pautan kepada dokumen tersebut adalah seperti berikut:
1. Dana ASEAN Science, Technology and Innovation Fund (ASTIF) –https://goo.gl/juWexj
2. Dana Rakan Dialog ASEAN – http://asean.org/resource/asean-project-templates/
3. Dana APEC – https://www.apec.org/Projects/Applying-for-Funds
4. MOSTI International Collaboration Fund – https://edana.mosti.gov.my/edana/frontend/web/guidelines/Internationalfund.pdf
5. Slide pembentangan semasa Bengkel (17 April 2018) – https://www.dropbox.com/sh/wvfscjx40jsbcgo/AABn4zXlGIAU6GYCsRCZECS8a?dl=0

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh hubungi :
Dana ASEAN dan Dana APEC:
1. Puan Syafura binti Abdul Halim (psupp@ukm.edu.my) di talian 03-89214679; Pegawai CRIM
2. Noorahayu Yahya (noorahayu@mosti.gov.my) di talian 03-8885 8741; Focal Point Bahagian Antarabangsa
3. Nazratul Ain Mohamad Ali (nazratul@mosti.gov.my) pada talian di 03-8885 8236; Focal Point Bahagian Antarabangsa

MOSTI International Collaboration Fund:
1.Puan Siti Noraida Sood (ctaida@ukm.edu.my) di talian 03-89215631; Pegawai CRIM
2.Encik Ellya Masriq Ahmad Sani (ellyamasriq@mosti.gov.my) di talian 03-8885 8393; Focal Point Bahagian Dana
3.Puan Shammila a/p Aruchunan (shammila@mosti.gov.my) di talian 03-8885 8666. Focal Point Bahagian Dana