Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) telah mewujudkan inisiatif pemberian geran penyelidikan sebanyak USD10,000 bagi tempoh dua tahun kepada para penyelidik muda yang berumur di bawah 40 tahun (individu/kumpulan) di negara-negara anggota termasuk Malaysia untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang Nanotechnology, Health Biotechnology, Agricultural Biotechnology, Frontier Areas of Science and Technology, Engineering Sciences, Medicinal Plant,Information and Communication Technologies, Applied Sciences dan Biological Sciences. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui https://www.science4innovation.org/index.php/fellowships/.

Permohonan daripada penyelidik perlu dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada 28 Jun 2018 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengah hari melalui Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat untuk tujuan penyelarasan di peringkat CRIM sebelum dihantar kepada Kementerian.

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat  adalah seperti berikut:

  1. Surat rasmi daripada Fakulti/Institut/Pusat: Sebagai bukti penghantaran permohonan.
  2. Borang Permohonan: 1 salinan keras (hardcopy dan Ulasan penilaian oleh Panel Penilai/JK Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat (tertakluk kepada format Fakulti/Institut/Pusat, sekiranya ada.
  3. Senarai Permohonan (Masterlist): 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel mengikut template yang diberikan – emel kepada psupp@ukm.edu.my dan 1 salinan keras (hardcopy).

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau boleh berhubung terus dengan Pegawai KPT, Puan Umathevi Ponnusamy di talian 03-8884 6107 atau melalui emel ke uma.ponnusamy@moe.gov.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]