Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Kelantan melalui Kelantan Utilities Mubaraakan Holdings Sdn. Bhd. dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan mengadakan Ekspo Hijau (Green Expo) 2018 Negeri Kelantan yang bertemakan “Bertani Satu Ibadah, Kelantanku Jelapang Makanan Negara – Melestari Hijau Bestari” pada 11 – 14 Oktober 2018 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Penyelidik yang berminat boleh mengisi borang penyertaan secara atas talian di https://bit.ly/2N4aikh. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2018.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari http://ekspohijau.tk/ atau berhubung dengan Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman (019 9000 409) dan Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Bin Wan Ishak (012 901 7735).