Pelanjutan Permohonan Geran Penyelidikan di Bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) Tahun 2020

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) telah membuka permohonan Geran Penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) Tahun 2020 bagi Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP),Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM), Geran Universiti Penyelidikan (GUP) dan Dana Impak Perdana (DIP) bermula 16 Mac 2020 sehingga 21 April 2020. Setelah mengambil kira beberapa perkara berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, pihak CRIM bersetuju permohonan Dana UP ini dilanjutkan sehingga 4 Mei 2020 (Isnin)

Sukacita dimaklumkan juga, merujuk kepada syarat permohonan Geran Universiti Penyelidikan (GUP) pada perkara 1.5.(b) [Cadangan penyelidikan perlu mempunyai rakan kolaborasi dari agensi kerajaan, swasta atau komuniti yang berkaitan bagi melaksanakan projek tersebut. Bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat niat (Letter of Intent) atau surat persetujuan rasmi daripada rakan kolaborasi], dengan mengambil kira tempoh pelaksanaan PKP bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 dan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020, pihak CRIM membenarkan pemohon mengemukakan pembuktian berikut semasa menghantar permohonan kepada CRIM:

i) Emel persetujuan daripada agensi kolaborator sebagai rakan kolaborasi GUP; atau
ii) Surat/email rasmi permohonan pihak UKM kepada agensi kolaborator.

Namun begitu, pemohon masih disyaratkan untuk mengemukakan surat niat (Letter of Intent) atau surat persetujuan rasmi daripada rakan kolaborasi selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh akhir PKP (tertakluk kepada arahan Kerajaan Malaysia). Pembuktian ini perlu diemelkan kepada pegawai CRIM melalui psupp@ukm.edu.my.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim (psupp@ukm.edu.my) atau Cik Adila Abdul Rasib (adilarasib@ukm.edu.my).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

By |2020-04-06T11:04:52+08:0006-April-2020|

Hebahan :Pembukaan Permohonan Penyelidik Pasca Doktoral Menggunakan Dana Modal Insan Fasa 2/2020 (Bidang Sains Sosial Sahaja)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membuka permohonan Penyelidik Pasca Doktoral menggunakan Dana Modal Insan bagi tahun 2020 (Bidang Sains Sosial Sahaja).

Borang yang telah lengkap boleh dimajukan kepada CRIM sebelum atau pada 20 April 2020. Penyelidik boleh mengemukakan permohonan yang telah lengkap kepada CRIM mengikut prosedur sedia ada dan menghantar dokumen tersebut melalui emel (nurizyani@ukm.edu.my) . Dokumen tersebut boleh diimbas (scan) atau diubah ke format PDF dan tandatangan digital adalah dibenarkan. Sebagai makluman, tatacara ini hanya terpakai dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalah Pergerakan, iaitu mulai 18 – 30 Mac 2020 (Perubahan adalah tertakluk kepada pengumuman selanjutnya oleh kerajaan Malaysia dan UKM).

Sehubungan dengan ini, mohon kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan agar dapat memaklumkan kepada ahli Fakulti / Institut / Pusat masing – masing. 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pegawai CRIM, Puan Nur Izyani Ahamad Azahari ; No Telefon : 03 – 8921 5112 atau emel : nurizyani@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

By |2020-03-23T14:26:33+08:0023-March-2020|

Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan di Bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) Tahun 2020

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2020 seperti berikut :
(i) Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP).
(ii) Geran galakan Penyelidik Muda (GGPM).
(iii) Geran Universiti Penyelidikan (GUP).
(iv) Dana Impak Perdana (DIP).

Permohonan ini dibuka mulai 16 Mac 2020 (Isnin) sehingga 21 April 2020 (Selasa). Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/

Agihan kelulusan geran UP akan diberi mengikut peratusan skim jawatan seperti berikut :

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk di web CRIM http://research.ukm.my/muat-turun/ 

(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi siling yang ditetapkan. 

(iii) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja sama ada GGPM/GUP/DIP/GGPP bagi tempoh pembukaan ini.

(iv) Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan projek dengan menggunakan website http://lens.org/

(v) Pemohon perlu mengenalpasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/ peluang/ancaman/lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas penyelidikan dilaksanakan.

(vi) Kakitangan akademik yang sedang mengetuai geran GUP/DIP yang masih aktif dibenarkan membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika tahap selesai projek adalah pada kadar 75%. (Bukti adalah dari laporan kewangan projek sehingga 21 April 2020). Pegawai  P&P yang sedang mengetuai geran GGPP yang masih aktif tidak layak memohon GGPP bagi tempoh pembukaan ini.

(vii) Pemohon yang masih belum menghantar laporan akhir projek penyelidikan di bawah Dana UP perlu memastikan semua laporan akhir projek telah dihantar melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).

(viii) Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat. Fakulti/institut/pusat perlu membuat pengesahan penilaian menggunakan UKM-SPKP-CRIM-PK01-BO014:Borang Penilaian Permohonan Geran di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP). Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM. 

Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan dana, poster taklimat permohonan dana dan Jadual Kerja Permohonan Dana Universiti Penyelidikan untuk makluman dan rujukan. Garis panduan permohonan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan  boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim  di talian 03-89214679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 03-89214392.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

By |2020-03-06T11:03:52+08:0006-March-2020|

Tawaran Permohonan Skim Zamalah Penyelidikan Sem 2 2019/2020 (Permohonan Baharu & Pelanjutan)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka permohonan Skim Zamalah Penyelidikan Sem 2 2019/2020 (permohonan baharu dan pelanjutan) kepada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (secara penyelidikan) dan mendaftar sepenuh masa.

Bersama – sama ini disampaikan dokumen – dokumen berkaitan bagi tujuan permohonan ini. Dokumen berkenaan adalah seperti berikut:
i. Garis Panduan Skim Zamalah Penyelidikan iaitu seperti di Lampiran A
ii. Jadual Kerja Permohonan Skim Zamalah Universiti Penyelidikan Sem 2 2019/2020 iaitu seperti di Lampiran B
iii. Borang Permohonan Baharu seperti di Lampiran C
iv. Borang Permohonan Pelanjutan seperti di Lampiran D
v. Syarat Minimum seperti di Lampiran E

Justeru, sukacita kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dipohon agar dapat memaklumkan kepada semua kakitangan akademik (penyelia) dan pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (secara penyelidikan) di PTJ masing – masing.

Borang yang telah lengkap boleh dimajukan kepada CRIM sebelum 17 Mac 2020.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut sukacita YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dapat menghubungi urus setia CRIM di talian 03 – 8921 5112 (Puan Nur Izyani Ahamad Azahari).

By |2020-02-20T11:44:29+08:0020-February-2020|