Jabatan Alam Sekitar telah membuka pencalonan Anugerah Langkawi- Kelestarian Alam Sekitar bagi tahun 2017/ 2018 bermula daripada 1 Mac 2018 bagi dua kategori iaitu kategori individu dan kategori organisasi. Anugerah Langkawi- Kelestarian Alam Sekitar adalah penghargaan dan penghormatan tertinggi negara kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran yang signifikan dalam bidang alam sekitar, sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

Sehubungan itu, pihak Jabatan Alam Sekitar mempelawa pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan untuk mengemukakan pencalonan individu atau organisasi yang berkelayakan kepada Jabatan Alam Sekitar selewat-lewatnya 15 Mei 2018. Syarat-syarat pencalonan, kriteria-kriteria penilaian dan borang-borang pencalonan boleh dilayari melalui laman web www.doe.gov.my atau enviro.doe.gov.my dan calon adalah diminta untuk mengemukkan salinan pencalonan kepada CRIM untuk tujuan rekod.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai anugerah ini bolehlah menghubungi pihak urus setia Jabatan Alam Sekitar iaitu Puan Rosnani Ahmad/ Encik Zakie Irwan Aribbin di talian 03-8871 2362/ 2069.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]